Tips-tips untuk melupakan seseorang ^o^
Wednesday, 12 September 2012


Assalamualaikum. Hye peeps !

Tak nak cerita panjang panjang. Entry pendek je nie. Okayy Okayy. Mesti korang pernah couple then break kan ? Kalau tak pernah bagus lha. Macam biasa bila da break , mesti susah nak lupakan ex. Tu normal laa. Eka sendiri pon susah nak lupakan ex-ex Eka. Even dia ada orang lain. Tapi kita tetap kena move on kan ? Tak kan nak tunggu dia kott. Kayy. Eka nak bagi tips sikit untuk lupakan someone. Untuk eka , tips-tips nie BERJAYA :O

Tips-tips nak lupakan seseorang :


Jangan Simpan Lika itu Dalam Hati

Untuk hal ini , kamu harus benar-benar memutuskan , apakah kita benar ingin melupakan seseorang , ataupun kita ingin menjadikannya kenangan seumur hidup kita. Kalau kita memang benar-benar mahu melupakan seseorang , jangan sesekali menyimpan segala benda yang akan mengingatkan kita pada orang yang kita cintai. Contoh : gambar , video , bahkan barang-barang yang mungkin pernah dia berikan kepada kita , sebaiknya segera buang. Kerana jika kita terus menyimpannya , itu seperti kita menyimpan luka dan membiarkan diri kamu terus berada dalam bayang-bayang orang yang kita cinta.


Buat Diri Kita Sibuk

Kamu selalu teringat kat seseorang yang telah menyakiti hati kamu ketika kamu sedang berada dalam kekosongan. Biasanya ketika kamu sedang bosan dan sunyi. Maka dari itu , cari laa kegiatan yang akan membantu kamu untuk melupakan dia. Kalau boleh cari aktiviti yang sihat , buat diri kamu sesibuk yang mungkin sehingga kamu melupakan dia.


Elakkan Bersendiri Atau Menyendiri

Pada saat ini , kadang-kadang kamu lebih suka bersendiri dan tidak suka diganggu. Kalau begitu , ubah kebiasaan kamu itu kerana itu langsung tak membantu. Cari teman atau kenalan baru sebanyak yang mungkin  dan carilah teman atau sahabat yang benar-benar memahami diri kamu.


Belajar Untuk Memaafkan Seseorang

Belajarlah untuk memaafkan seseorang walau sesakit manapun hati kamu , buka pintu kemaafan untuk dia kerana dengan memaafkan , nescaya kamu akan lebih mudah untuk melupkan dirinya.


Bukakan Hati Untuk Menerima Orang Lain

Mungkin hal ini susah sikit , tetapi percayalah kamu harus menerima orang lain sebagai ganti diri dia. Walaupun kamu berasa takut untuk menerima orang lain atas apa yang telah berlaku , kamu harus buang perasaan takut itu dan cuba belajar untuk menerima orang lain agar kamu lebih cepat melupakan dia.



Cintai Allah Semata-mata


Ini yang paling kamu sering lupa. Biarpun dia cinta kamu atau apapun , kamu hendaklah meletetakkan cinta hakiki pada Allah dan kembali kepada-Nya. Terima ini sebagai ujian agar kamu lebih dekat pada-Nya dan tidak melupakan kewajipan kamu sebagai hamba-Nya.



Memang susah. Tapi cuba. Jangan lagi berharap pada seseorang yang bukan milik kita. 


GOODLUCK

xoxo , 
EkaZealous


1 Comment(s)